Ahad, 13 Disember 2015

PROMOSI DISEMBER 2015 COLLAGEN POWDER SHAKLEE

COLLAGEN POWDER SHAKLEE- LEBIH DARI SEKADAR COLLAGEN

Assalamualaikum, salam ceria.. :)

Saya nak cerita tentang satu lagi produk hebat dari Shaklee. COLLAGEN POWDER!



Sebut tentang collagen, pasti semua terbayang-bayang minuman collagen yang berlambak di pasaran kan? Untuk apa minuman collagen tu? Semuanya untuk menambah kecantikan baik wanita mahupun lelaki. Jom kita belajar lebih mendalam tentang collagen.

Apa itu Collagen?
Collagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan salur darah. Kolagen melindungi organ perut, hati, jantung, peparu, saluran darah, sel otak dan lain2.

Lebih kurang 72% daripada kulit adalah Collagen. 80% daripada tulang adalah Collagen, malah kornea mata juga adalah kolagen.

Tahukah anda, memasuki usia 25 tahun dan ke atas, fungsi kolagen semakin menurun 1.5% setiap tahun kerana faktor hormon, usia dan persekitaran. Kesan pengurangannya mula di rasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada Collagen yang ada.

Kesan kekurangan Collagen dalam badan

  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata (eye bag), penglihatan kabur
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma menjadi lebih kesat, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. kelihatan tua daripada umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
  • Gusi yang tidak sihat
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Payu dara dan punggung tidak anjal
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekeringan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
Sumber Collagen
Antara sumber Collagen yang biasa terdapat di pasaran adalah:
  • daripada bovine (lembu)
  • daripada babi (porcine)
  • daripada marine (contoh seperti ikan dan gamat)
  • daripada tumbuhan (contoh seperti kacang soya)
Sumber Collagen mana satukah yang terbaik?
Sumber Collagen haiwan
- paling mudah dan murah di dapati terutamanya dari babi, lembu dan kulit ayam.

-risiko kontaminasi sangat tinggi contohnya jangkitan lembu gila
Sumber Collagen tumbuhan
-kebanyakan kolagen dari tumbuhan telah diubah suai genetiknya (GMO) dan tidak natural
-susah untuk diserap oleh tubuh badan


Sumber Collagen ikan (Shaklee Collagen Powder)
Sumber yang terbaik. Shaklee menggunakan Collagen daripada sisik ikan merah. Kelebihan kolagen ikan merah:
- ikan merah boleh menahan  tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup bebas dalam lautan dalam
- sisiknya sangat lasak dan elastik
-mempunyai kepaduan sel yang tinggi
-tinggi kapasiti dalam mengekalkan  kelembapan
-jisim molekul yang sangat rendah (1000 Dalton) memudahkan penyerapan
Shaklee Collagen Powder Lebih Dari Sekadar Collagen!
Ia bukan semata-mata Collagen. Ia di datangkan sekali dengan 7 ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanannya!.

Asid hialuronik
- mengekalkan kelembapan kulit. Ia mampu menahan air yang banyak. 1 gram asid hialuronik boleh menahan sebanyak 6 liter air. Dengan itu, ia mengekalkan kenjalan dan ketegangan kulit, boleh melantun apabila dicubit.

Ekstrak kulit kerangan laut
- mengandungi glukosamin sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus acidophillus
-meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia japonica
-mengandungi asid oleik dan isoflavon
-membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak pfaffia
-digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin
-meningkatkan prestasi dan tenaga

Vitamin C
-menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit

Vitamin B2,B6
-bergabung dengan karbohidrat dan lemak dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh

TERBUKTI SECARA KLINIKAL!!
Ujian klinikal menunjukkan 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas penggunaan selama 8 minggu berturut-turut!

Shaklee Collagen Powder TERBAIK DI PASARAN! Tiada aditif, ramuan 100% tulen, semulajadi dan selamat. Tiada peransang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna.

Harga berbaloi-baloi! Cuba dulu baru tau OK. Nak boleh hubungi saya.

Sabtu, 12 Disember 2015

VITALEA MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA

VITALEA FOR CHILDREN



FORMULA SERBA BARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik shaklee.

Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee
1. Mengandungi

  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.


3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.


 7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.

Bayangkan kite bagi anak-anak kite makan semua ni dalam masa sehari ? Mesti sakit perut muntah 3 hari anak kita. Dah jadi masalah lain. Tapi semua ini dah dimudahkan, hanya 2 biji Vita-Lea For Children / sehari. 
Anak-anak kite sudah mendapat bekalan nutrient bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian selain daripada makanan yang dimakan setiap hari.

Anak saya sememangnya peminat tegar kepada multivitamin ini.. hehe 

Memang berbaloi-baloi. Sape nak bole roger2 saya ( Hubungi ) AKMA 012-7957991.



PETUA ATASI KENTUT VAGINA ATAU ANGIN FARAJ


kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali menggangu wanita samada dari segi fizikal dan emosi.


Apa itu kentut vagina?
Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

  
Otot peranakan lemah selepas bersalin
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.



Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:
1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

 
Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina 
Senaman Kegel
Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.


Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil.


Ambil Supplement berikut :  




Alfalfa Complex yang juga dikenali sebagai super-food (juga dikenali sebagai kacip fatimah moden) yang amat membantu dalam kesihatan organ peranakan. Ia membantu dalam pengecutan otot rahim, mengawal keseimbangan hormon dan juga merendahkan keasidan di kawasan tersebut.

GLA Complex yang lebih pekat dan datangnya daripada minyak boraj ini sangat terkenal dalam membantu kesihatan wanita. Ia menstabilkan hormon estrogen dan progesteron, membantu mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan disamping itu menyerikan kulit wajah. GLA juga dapat membantu dalam masalah kencing lelaki dan wanita.

Ostematrix Shaklee yang kaya kalsium, magnesium dan beberapa mineral penting amat membantu dalam kesihatan otot dan urat saraf. Ia membantu dalam pengawalan otot (regangan dan pengecutan), membantu mengetatkan semula otot di bahagian peranakan yang longgar, dan memperbaiki masalah organ reproduktif.

Dengan mengamalkan senaman kegel bersama-sama dengan pengambilan suplemen yang betul, insyaAllah masalah kentut vagina dapat diselesaikan dan bukan itu saja, organ peranakan dan rahim akan jadi lebih sihat dan ini dapat menyerikan semula rumahtangga anda.


Ingin mendapatkan Set Vagina Sihat. Hubungi (WhatsApp): AKMA 012-7957991 untuk kesihatan vagina dan organ reproduktif yang anda inginkan.

RUAM DI KALANGAN KANAK-KANAK?? RAWAT DENGAN HERBAL BLEND CREAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. 
 
RUAM
 
 
 
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.
Apakah jenis ruam yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak?
Terdapat berbagai jenis ruam termasuklah:
  • Ruam panas.
  • Ekzema (inflamasi kulit secara superficial).
  • Kaligata (Urticaria).
  • Ruam alahan.
  • Kontak dermatitis.
  • Jangkitan kulat seperti panau dan kurap.
  • Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.
  • Ruam lampin.
  • Sengatan dan gigitan.
Apakah tanda dan gejala?
Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.
Bagaimanakah ruam boleh dirawat?
  • Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat.
  • Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
  • Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
  • Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
  • Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.
Tips bagi menghentikan sasa gatal
  • Hindari keadaan panas dan lembab.
  • Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti.
  • Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal.
  • Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam.
  • Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor.
Bagaimanakah ruam boleh dicegah?
  • Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
  • Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak.
  • Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi.
  • Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
HERBAL BLEND CREAM 

Bersumberkan ekstrak tumbuhan seperti Horse Chestnut, Sage, Equisetum hyemale, Coltsfoot, Rosemary, Nettle, Matricaria, Melissa officinalis dan Jagung. Jadinya lepas sapu ni kulit akan rasa lembut dan segarr gitu.



Boleh juga untuk: 
 
1. Gigitan nyamuk atau serangga
2. Luka kecil
3. Terkena minyak panas
4. Terkena air panas
5. Gatal-gatal
6. Alergik
7. Eczema
8. Kulit kasar dan bersisik
9. Psoriasis
10. Tumit merekah
11. Siku, lutut, buku lali, tumit kasar
12. Ruam lampin
13. Ruam panas
14. Ruam susu
15. Parut lama
16. Parut campak
17. Parut chickenpox
18. Melegakan dan memberi keselesaan semasa demam
19. Losyen harian
20. Kulit melecet
21. Kulit kering akibat penghawa dingin 


TESTIMONI  

http://www.clickvitaminakma.blogspot.com
 Nak order?? Hubungi saya :
 











Nurul Akma Musa : (ID : 1179472) 
Call/Sms/Whatsapp : 012-7957991
Blog : http://www.clickvitaminakma.blogspot.com

KANSER PAYUDARA, TANDA-TANDA, JENIS-JENIS, PENYEBAB SERTA RAWATANNYA

Bismillahirrahmannirrahim... 

Assalamualaikum dan salam mesra.. 

Lama sudah tak update blog.. so arini nk kongsi sikit info tentang kanser payudara..  Jom baca!! hehe..


Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.
Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.



Tanda-tanda awal kanser payudara
 
Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.
Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.
 
Jenis-jenis kanser payudara
  1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Penyebab Kanser Payudara

Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.
Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori :
Faktor Risiko tidak boleh di kawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh di Kawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Gejala-Gejala Kanser Payudara
  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:
  1. Bengkak pada sebahagian payudara
  2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  3. Puting masuk ke dalam atau sakit
  4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  6. Ketulan pada bahagian ketiak
Bagaimana kanser payudara dikesan?
  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.
Tahap Kanser Payudara
Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:
  1. Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
  2. Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
  3. Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
  4. Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
  5. Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
  6. Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
  7. Tahap IV - tidak boleh disembuh
Rawatan yang boleh diambil... 
Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.
  1. Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara
    • Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
    • Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
    • Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
    • Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
    • Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
    • Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

  2. Kimoterapi
    • Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama.
    • Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang.
    • Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi.
    • Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi:
      • Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
      • Loya dan muntah
      • Hilang selera makan
      • Rambut gugur
      • Kudis mulut
      • Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
      • Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
      • Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah

  3. Terapi Radiasi
    • Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy).
    • Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit.
    • Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan.
    • Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan.

  4. Terapi Hormon
    • Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara.
    • Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang.
    • Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif hormon (reseptor estrogen positif).