Berikut
adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh
mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.
1.Perubahan hormon
Apabila
berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung,
datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul
disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon androgen (testosterone)
yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu
sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat
akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini
kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan
berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40
'an.Selain daripada itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12
juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi
setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang
bertambah.Terdapat dua tekanan sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal:
- Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
- Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
- Jadual seharian yang sangat ketat
- Merokok,pengambilan dadah
Tekanan emosi:
- 1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
- 2.Sering dibuli
- 3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
- 4.Kerja /study yang banyak
3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kekacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.
4.Toksin
Jika seseorang
yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah
30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam
badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang
toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit
seseorang itu kusam, berjerawat,berminyak dan banyak lagi keburukan lain.
5.Faktor Genetic
Ada keturunan
di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang
rata-rata bermuka putih licin,mulus dan tidak berminyak manakala jerawat
menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat
laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Alergic atau
alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau
pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai
dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan
liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang
minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan
individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak
golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti
hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan
dalam bidang perubatan)
8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau
udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di
bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi
oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup
liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada
kulit.
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman
(bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar
sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat
dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit
tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang
lebih luas.
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah salah satu faktor pengeluaran jerawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan