Assalamualaikum..
Hai.. Pe kaba semua? :) Anak tgh tido.. so, terasa nk kongsi pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama. Memang agak kebizian siang hari.. Maklumla jd baby sitter kn..mcm2 nk buat.. hehe..
Mesti bosankan sebab tengok blog ni macam takde nyawa je.
Hehe.. .Kadang memang x sempat nk usik laptop sbb kalau on mmg dpt dkt anak la.. mana nk tgk ultraman, upin ipin, belajar ' alif ba ta' , ABC lg.. haha..
Pengalaman Mengandung
Masa first cek pregnancy test tu, akma test senyap senyap je, tak bagitau husband sebab takut negetif..akma bangun subuh terus cek sebab
orang farmasi tu cakap kena test awal pagi means air kencing pertama la
selepas bangun.. cek je terus nampak 2 line.. ya Allah perasaan bahagia
tu Allah je tahu.. terus akma ambik fon and call husband, time tu dia
pergi keje dah. Husband macam tak percaya tapi seronok la.. terus ajak pergi klinik lps dia habis keje for confirmation.. sebab
ni akma test sendiri je..
sampai je klinik akma terus bagitau doc akma test pregnancy test
positif, dia terus scan perut.. nampak la satu dot kecik comey je
dalam rahim.. masa time tu tengok rasa macam nak nangis.. start dari kandungan 1 bulan itu bermulalah kisah morning sickness, alahan yg berlarutan sehingga kandungan akma masuk 7bulan.. Masa ni mmg Allah swt menduga diriku.. dan akma menganggapnya suatu ujian untuk hambaNya. Hari yang dilalui akma tempuh dengan sabar.
Bile time check up pula lagi lah dengan HB yg low, berat yg x naik2.. smpi nurse dgn doc pun pelik.. tanye awk mkn ke tidak.. akma bgtau la masih lg muntah dan loya2 lagi.. mmg berat sentiasa turun start preggy 1 bulan hingga 7 bulan. pergi klinik pun bersweater dgn stokin dh mcm org dlm pantang.. semua tgk akma masa tu.. malu pun ada.. hehe..Tp Alhamdulillah selepas 7 bulan baru la ada rasa nikmat makan dan berat akma naik sikit2..
Sepanjang tempoh kehamilan akma x macam org lain dok mengidam nk mkn mcm2.. takot nk makan sbb muntah2 & loya memang teruk. Tambah pula akma mmg dari anak dara ada gastrik.. Ape yg dimakan biasanya sedikit je yg dpt dijamah.. tempoh 3bulan pertama mmg mkn bubur nasi berlauk ikan bilis je..Masa mengandung keluar masuk hospital x usah kira byk kali..lebih 5 kali.. asyik kena drip je.. tu yg husband terpaksa hantar blk kampung.. risau isteri dia sorg2 kt kl ni menanggung sakit.. Lgpun utk tujuan keselamatan juga apabile dia xde bekeje..
Akma ni pula jenis kememe.. kuat menangis.. sedih bile berjauhan dgn husband.. hari2 duk menangis sbb rindu.. kadang dok berkurung dlm bilik je..malas keluar sbb bdn lemah bile muntah2.. tp sepanjang check up husband akan balik menemani akma.. sian juga tengok dia.. kena berkorban demi 2 insan tersayang.. :)
Pengalaman bersalin
Alkisahnya akma due 14.6.2013.. tapi sebab baby ni nk duk lebih sehari dlm perut so my prince pun lahir 15.6.2013 dan diberi nama Muhammad Arif Irsyad bin Raizamudin.. Alhamdulillah skrg dah 2 tahun 3 bulan.. Ibu doa moga irsyad sihat dan menjadi anak yg soleh.. amin.. sayang dia.. muahhhh.. :)
Akma ni manja sikit sepanjang pregnant tau.. kerap je emosi. maklumlah jauh dgn suami.. hukhuk. ingat lagi 13.6.2013, hari khamis..husband smpi mlm. Gerak balik Muar dari KL..Punyelah seronok bile tau husband ada da kt sisi kite.. lebih2 lg time nk dkt2 bersalin.. hehe.. Pagi jumaat, 14.6.2013 slps sarapan dgn husband terus ke Hospital Muar g check up kali terakhir then doc ckp belum ada jalan so dia lanjutkn due lg seminggu...Memandangkan doc dh tetapkn tarikh 21.6.2013 dtg semula hospital jika masih belum ada tanda2 nk bersalin husband akma kena blk jumaat mlm tu juga sbb sabtu dia keje.. tp husband mcm berar hati je nk blk.. risau katanya.. so xjd la blk..
Pagi sabtu,15.6.2013 pukul 6.30pg, masa bangun nk buang air tibe2 keluar darah.. tau da tu msti tanda nk bersalin.. panggil husband suruh dia bawa g hospital.. smpi hospital check dah buka 2cm. so kena tahan wad.. masuk wad pukul 11.00pg.. time ni la akma berperang dgn kesakitan sehingga pukul 4.00ptg sblm dibawa ke labour room, tu pun bile jalan dah buka 6cm..menahan kesakitan smpi x berair mata.. bile contraction dtg.. sakitnya Allah swt saja yg tahu.. dengan kena seluk lg.. hanya wanita saje merasainya..
Sampai dekat labor room masa tu gelap je. Takde yang emergency kot. Staf
pun ada yang tido. Time ni memang dah terpisah dengan handphone sebab
kat wad tadi diorang kelam kabut ambil barang-barang semua. Jadi dah
terputus hubungan dengan husband. Then diorang siap-siapkan kita, naik
katil semua. Pastu dengar akak nurse tu bebel 'diorang ni cakap je 6cm,
sampai sini dah full' masa tu faham la yang dah sampai masa untuk baby
nak keluar tengok dunia. Sementara tunggu akak nurse tu siapkan dokumen
yang patut ( nampak dia menulis), dia cakap dah boleh teran.
Bila dah
teran akak nurse tu dok kata 'teran panjang lagi' sampai la
satu ketika rasa macam dah habis nyawa dah. Maklumlah memang langsung
takde pengalaman bersalin kan. Dia asyik suruh teran panjang-panjang.
Dah tu camne nak teran panjang-panjang? Sampai la dia ambil tangan ni
dah suruh pegang katanya tu rambut baby. Siap cakap tak sayang ke kat
baby? Sikit je lagi ni. Tak nak tengok baby ke? Dia cakap teran
panjang-panjang lagi macam nak buang air besar tu. Memang give up dah masa tu.. Alhamdulillah berkat kata2 semangat nurse dengan 3 org doctor akma jd kuat..Akhirnya.. Alhamdulillah, usaha yang terakhir tepat 6.35ptg 15.6.2013,
dengan berat2.85kg meluncur keluar sikecik yang cukup-cukup 40 minggu
berada dalam perut ni. Rasa lega tu ya Allah tak tau nak gambarkan camne
bila nampak baby tu depan mata. Keluar-keluar je terus celik mata dan terus menangis. Nurse tu sambil ucap Alhamdulillah tunjukkan jantina
baby yang selama ni main cak-cak dengan ibu dia. Owh, baby boy
rupanya. Lepas tu terus bawak si kecik keluar..
Masa proses menjahit tu sempat la terfikir 'Aku dah jadi mak?? Tak
sangka, tempoh 9 bulan dah berakhir rupanya. Kena
jahit.. awal-awal tu tak sakit tapi dah hujung-hujung tu sakit kot..Sempat lg borak dengan doctor time ni.. hihi.. Saat yang
ditunggu menjelma bila staf nurse bawak baby dan letak kat dada suruh
menyusu kan si kecil ni. Tak tau nak gambarkan perasaan tu bagaimana. Lepas tu husband pun masuk. Dia cakap dia dah jumpa dan siap
pegang baby ni dah tadi sebab nak azankan dia. Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah dengan pengalaman ngeri ni. Memang ngeri rasanya
sampai boleh termimpi-mimpi sekali lagi. Kesakitan demi kesakitan, rasa
memang dah sampai penghujung nyawa pun ada. Nak ulang lagi pengalaman ni? Hurrrm, tarik
nafas panjang-panjang hembus pelan-pelan. Moga dengan rezeki kurniaan
Allah ni akan terus dipermudahkan rezeki yang lain pula nanti.
Terima kasih Allah. Sekian sahaja untuk lakaran pengalaman dan kenangan
untuk hari ni. Mungkin tak seindah dan sehebat orang lain. Tapi,
inilah satu-satunya kisah hingga hujung nyawa.
Gambar baby? jap ye..... heeeee :)
Inilah permata hatiku... my prince... welcome my love Arif Irsyad