Jumaat, 11 September 2015

KEKAL BERTENAGA DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Assalamualaikum dan salam sejahtera ... 

Anda baru lepas bersalin? Bersalin normal @ pembedahan? Dan masih lagi sedang tercari-cari set berpantang mengikut bajet dan kesesuaian selepas bersalin nanti?

Saya yakin mungkin ada segelintir yang masih mencari untuk diri sendiri @ isteri tersayang @ orang terdekat. Apa pun saya ingin berkongsi dengan kalian yang kami ada menyediakan Set berpantang terdiri daripada vitamin Shaklee yang semakin mendapat tempat di hati kaum wanita khususnya. Vitamin ini selamat diambil malahdapat membantu  memulihkan kesihatan supaya lebih bertenaga malah mempercepatkan sembuh luka bersalin.



Jom kita tengok vitamin yg sesuai untuk berpantang :-

http://clickvitaminakma.blogspot.com

Set berpantang mengandungi :- 
 
  • Vitalea with iron formula
  • Sustained release Vita C Plus (500MG)
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc complex
Jika ada bajet lebih boleh tambah Ostematrix dan Esp (soy protein).

Apakah keperluan dan kepentingan setiap vitamin ini?


Vitalea with Iron Formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.


Sustained Release Vita C Plus (500MG) 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc Complex
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Info tambahan.

Ostematrix 
Ostematrix mempunyai khasiat yang merupakan kompenan utama dlm susu ibu selain air dan protein ialah kalsium.
Ostematrix juga membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti
Mampu melegakan otot dan saraf ibu dan elakkan dari tekanan bersama B Complex dalam Set berpantang Shaklee
Elakkan dari gigi rosak dan sakit tulang belakang

ESP Shaklee (Protein) 
ESP Shaklee pula mempunyai protein yang diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan malah memperbaiki sel-sel yang telah rosak.
Protein penting berfungsi sebagai komponen utama susu ibu selepas air.
Jika protein kurang terutama semasa berpantang akan menyebabkan ibu berpantang sering hadapi masalah kurang susu.
ESP Shaklee juga membantu penyembuhan luka secara menyeluruh

So dah tahukan kelebihan dan fungsi set berpantang ni. Jika kalian ada bajet lebih boleh je tambah esp dan ostematrix. 


*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosa,merawat,menyembuhkan dan mencegah sebarang penyakit. 

Berminat boleh hubungi :-
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Nurul Akma Musa (ID 1179472)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 0127957991
♥ Blog : http://clickvitaminakma.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan