Assalamualaikum dan salam kasih sayang..
GOUT
Anda tahu apa itu GOUT???
Gout adalah sejenis penyakit yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang.Gout biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak ibu jari kaki. Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan akibat daripada ketidakupayaan kimia badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada endogenus (disintesis dalam nukleus sel badan manusia) atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik terakhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati. Kebanyakan asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula disingkirkan melalui usus. Kebiasaannya gout ni khasnya berlaku dikalangan kaum lelaki muda.
Komplikasi kepada Gout
Asid urid boleh terkumpul di bawah kulit boleh membentuk benjola manakala saluran urin (air kencing) boleh membentuk batu karang.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan seperti kegemukan,darah tinggi,hiperlipidemia dan diabetes.
Tanda-tanda Gout
- Selalunya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi sakit, bengkak, kemerahan dan panas.
- Serangan berlaku kerap kali, secara tiba-tiba dan semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan bila terdapat geseran bole menyeksakan.
- Sekit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan.
- Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Untuk mencegah Gout...
Rawatannya :-
- Kurangkan pengambilan protein dalam diet, misalnya kekacang, bijiran dan daging merah.
- Makan makanan yang kurang mengandungi purin, misalnya daging organ (hati, ginjal,otak, jantung, pankreas), ekstrak daging, angsa, itik, ayam belanda, telur ikan, sardin dan ikan hering.
- Kurang minum minuman bergas,alkohol,teh dan kopi.
- Hadkan pengambilan lemak, khasnya golongan yang obes.
- Minum air yang banyak (8 gelas sehari) atau 3 liter atau 25kg bersamaan 1 liter untuk membersihkan ginjal.
- Jangan mengamalkan diet pengurangan berat badan secara mendadak.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
http://clickvitaminakma.blogspot.com |
Alfafa– untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
Performance Drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya sekiranya berminat mencuba vitamin untuk penyakit Gout ini.
Shaklee Independent Distributor
Nurul Akma Musa : (ID : 1179472)
Call/Sms/Whatsapp : 012-7957991
Blog : http://www.clickvitaminakma.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan