Sabtu, 31 Oktober 2015

ATASI SAKIT KEPALA@MIGRAIN DENGAN SET MIGRAIN SHAKLEE

http://www.clickvitaminakma.blogspot.com


Antara Jenis-Jenis Sakit Kepala / Migrain :


Sakit kepala akibat ketegangan (Tension Type Headache

Sakit kepala jenis ini hampir pernah dialami oleh setiap orang dalam kehidupan. Sesiapa yang berdepan dengan sakit kepala jenis ini biasanya akan sakit sekali-sekala. Tetapi, ada individu yang diserang oleh sakit kepala jenis ini hampir setiap hari dan ini boleh dikategorikan sebagai kronik.
Antara simptomnya termasuklah tekanan atau ketegangan otot pada kedua-dua belah kepala atau belakang kepala. Rasa sakit yang konsisten tetapi tidak menekan/terlalu sakit namun berdenyut-denyut.
Ianya tidak seteruk migrain dan tidak menyebabkan muntah-muntah atau loya tekak. Juga tidak mengganggu aktiviti harian. Pakar kesihatan berpendapat ia terjadi disebabkan oleh kontraksi antari tengkuk dan otot kulit kepala (termasuklah bila kita stress) dan berkemungkinan juga berlaku perubahan bahan kimia dalam otak

Sakit kepala akibat hormon tidak stabil 

Sakit kepala jenis ini adalah kerana hormon yang tidak stabil biasanya bila datang bulan dan sudah tentulah menyerang wanita sahaja. Ia mungkin bermula sebelum haid atau semasa sedang datang bulan. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan haid.
Antara gejala-gejala yang dialami adalah rasa berdenyut-denyut, kesakitan pada satu bahagian kepala, mual, muntah-muntah dan sensitif kepada cahaya, bunyi serta juga sentuhan. 

Sakit kepala akibat sinus 

Apabila sinus yang menjadiradang (inflames) kerana disebabkan oleh jangkitan, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kepala. Ia biasanya datang dengan demam dan boleh didiagnosis oleh gejala-gejala atau kehadiran nanah dilihat melalui mikroskop optik fiber di klinik.
Sakit kepala akibat jangkitab sinus boleh diraawat dengan antibiotik, serta antihistamin atau dekongestan.

Migrain   

Migrain adalah jenis sakit kepala dalam kelasnya tersendiri kerana ‘intensity’  kesakitannya serta kesan yang dialami ke atas tubuh badan pesakit. 

Ia dapat didiagnos dengan beberapa kriteria berikut :

  • Sekurangnya 2 daripada 4 simptom ini iaitu; sakit sebelah bahagian kepala, sakit berdenyut-denyut, kesakitan sederhana sehingga sakit yang teramat, kesakitan yang mengganggu untuk melakukan aktiviti harian
  • Sekurang-kurang pernah mengalaminya sebanyak 5 kali
  • Sakit kepala yang berlanjutan antara 4 jam ke 72 jam.
  • Sekurang-kurangnya ada 1 daripada beberapa ciri ini iaitu rasa loya tekak atau muntah. Ataupun sekiranya tak ada rasa loya atau muntah mungkin rasa sensitif pada bunyi dan cahaya.

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya keadaan tidak reda atau anda rasa diserang migrain.
Namun begitu, sekiranya ada ciri-ciri berikut, anda perlu juga perlu segera berjumpa doktor.

  1. Terdapat perubahan dalam jenis sakit kepala yang biasa dialami.
  2. Sakit kepala yang tak hilang-hilang dan semakin kronik dari hari ke hari.
  3. Sakit kepala yang timbul bila melakukan aktiviti fizikal seperti hubungan intim.
  4. Sakit kepala yang menyerang selepas mengalami kecederaan atau penyakit.
  5. Sakit kepala yang disertai oleh demam panas, sakit tengkuk, tanda-tanda strok seperti kesukaran bercakap, kebas dan lemah atau penglihatan kabur.
  6. Sakit kepala yang semakin kronik sehingga bersin dan batuk.
  7. Sakit kepala yang baru menyerang apabila umur sudah melepasi 50 tahun. Tak pernah alami sakit sebelum ini.

Sebaiknya anda perlu rawati sakit kepala dengan mengambil masa terluang berehat,meletakkan tuala basah di dahi, minum minuman elektrolit (seperti performance drink shaklee) melakukan urutan dengan minyak panas dan mengurangkan pengambilan garam dan MSG. 

SET MIGRAIN SHAKLEE JUGA BOLEH MEMBANTU ANDA MELEGAKAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA.. 

Hubungi saya

Shaklee Independent Distributor 
Nurul Akma Musa : (ID : 1179472) 
Call/Sms/Whatsapp : 012-7957991
Blog : http://www.clickvitaminakma.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan