Ahad, 1 November 2015

KENCING KOTOR ( URINARYT RACT INFECTION ) DAN PENCEGAHANNYA


Assalamualaikum..

Jom saya nak kongsi sedikit tentang U.T.I ni.. 

Pernah tak alami masalah kencing kotor. Kencing kotor ni kebayakan wanita alami semasa mengandung.. Kalau terkurang minum air masak mesti kena kencing kotor.. Pada saya kencing kotor ni bila time nak membuang air kecil terasa sakit, so itulah tanda-tanda saya dijangkiti kencing kotor.

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
 

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
 

# Kekurangan air dalam badan
# Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
# Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
# Pesakit kencing manis (diabetes)
# Mengandung
# Pengambilan sesetengah ubatan
# Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
# Batu karang dalam saluran kencing
# Kerosakan buah pinggang


Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:

1. Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

2. Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

3. Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

 Tanda dan Gejala

1.  Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

2.  Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

3.  Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

4.  Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

5.  Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

6.  Demam dan seram sejuk.


Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

 Pencegahan

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas,
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar.    
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan Napkin 
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi. 
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
  • Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
  • Kurangkan minuman manis dan berkafein.
 KEBERSIHAN BUKAN HANYA LUARAN TETAPI DARI DALAMAN DAN KELIHATAN DILUAR

http://www.clickvitaminakma.blogspot.com


Keistimewaan Garlic : 

  • Kaya dengan Anti-Oksidan ~ Efek anti-oksidan pada bawang putih dapat membantu sistem imun badan bekerja secara optimum dalam menangkis radikal-radikal bebas
  • Mencegah KANSER! Bawang putih mampu menghalang kerosakan sel serta membantutkan perkembangan sel-sel tumor penyebab kanser otak, kanser paru-paru, kanser prostat dan lain2 lagi
  • Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL)
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Anti-Radang 
  • Anti-Bakteria
  • Anti-Kulat
  • Anti-Biotik semulajadi
  • Menyuburkan rambut, menghalang keguguran rambut
  • Merawat dan mencegah jerawat
  • Mencegah dan merawat selsema, batuk
  • Baik untuk penyakit kulit cthnya: Psoriasis, jangkitan kulat, ketuat
  • Mengawal berat badan
  • Anti-Penuaan
  • Meredakan sakit sendi seperti arthritis
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuka pembuluh darah yang tersumbat dek pengumpulan lemak dan kolesterol. Arteri yang tersumbat boleh menyebabkan serangan stroke dan sakit jantung
  • Merawat diabetes ~ meningkatkan insulin darah bagi penghidap diabetes
  • Merawat gastrik/angin
  • Merawat masalah saluran pernafasan
  • Merawat asma 
  • Mengatasi serta melegakan senggugut
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang di kalangan ibu mengandung
  • Kandungan tinggi iodin dalam bawang putih menjadikan ia sangat efektif dalam merawat Hyperthyroid
  • Bawang putih mengandungi Vitamin C, di mana baik untuk merawat Penyakit Scurvy
  • Membantu dalam merawat masalah kelelakian atau lemah tenaga batin (Impotency)
  • Anti-stress dan merawat gejala keletihan
  • Dan banyak lagi!!
Jom order !! Boleh hubungi saya..


Shaklee Independent Distributor 
Nurul Akma Musa : (ID : 1179472) 
Call/Sms/Whatsapp : 012-7957991
Blog : http://www.clickvitaminakma.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan